Saturday, June 4, 2011

LeLaKi BILA MeNGAm0K !




Tak la meradang sampai keluar parang  (kecuali gila)


I have a theory, a theory occuring in some men, I repeat...SOME men. Mostly melayu *kot*. Pemerhatian dilakukan terhadap kawan-kawan, drama, and even....myself. Cuba bayangkan situasi di mana seorang suami kecik hati dengan bini dia (apa sebabnya, korang reka la sendiri haha). Ini cuma contoh situasi okay, bukan betul-betul.


Pada suatu hari *suara Usop*, si suami time tu berada di pejabat. Buat kerja dia dalam keadaan tidak senang bila baru-baru ni bini dia kecikkan hati dia. So dalam hati dia masa tu sedang memikir apa yang akan dia lakukan bila dia sampai rumah nanti...


HANG JANGAN CAKAP NGAN AKU LAGI MUNAH. SAMPAI HATI KAU BUAT KAT AKU MACAM NI *masuk bilik, hempas pintu*

"heh, maybe aku akan cakap macam ni. baru dia takut huehue"


So, si suami pun dah habis kerjanya, baliklah dia. Kemas beg bimbit dia dalam keadaan kasar bercampur dengan perasaan bengang mau balik rumah. And then semasa turun lift dari pejabatnya, tiba-tiba dia terpikir kembali...


"hmm macam melampau lak aku hempas pintu. ahh takpelah cancel je la bab hempas pintu. so skang aku akan buat macam ni...."



HANG JANGAN CAKAP NGAN AKU LAGI MUNAH. SAMPAI HATI KAU BUAT KAT AKU MACAM NI *masuk bilik, tutup pintu macam biasa*

"hmm okay this is good.."


Keluar dari lift, dia menuju ke keretanya sambil hentak-hentak kaki. (okayy itu agak keanak-anakan hahaha). Baru dapat capai kunci keretanya, dia terpikir balik...again...


"ish macam jahat sangat pulak aku tengking-tengking dia nanti. takpelah cancel je la bab tengking ni"

hang jangan cakap ngan aku lagi munah. sampai hati kau buat kat aku macam ni *masuk bilik tutup pintu macam biasa*

"hmm okeh, perfect!"


After that, drive kereta macam orang gila. Orang gila pun tak drive, apatah lagi orang yang tak gila cuba jadi gila. memang gila dan aku pun naik gila nak explain belit-belit ni lol. Senang-senang citer, kecik hati punya pasal dia bawak kereta macam bawak kapal terbang. Berhenti kat traffic light, sekali lagi si suami tu.....




vavi peter mencelah. takde manner betul. Berbalik pada citer, yeah dia terpikir lagi...


"hmm penggunaan akuhang ngan kau macam kasar je. takpelah, cancel yang tu. So now I'll say..."

awak jangan cakap ngan abang dah. sampai hati awak buat kat abang macam ni *masuk bilik, pintu tutup macam biasa*


Sesampai je rumah, si suami tarik nafas dalam dan hembus pelan-pelan. "This is it," bisik hatinya. Dan di saat si suami mengeluarkan kunci rumahnya dan mahu membuka pintu, tiba-tiba pintu rumah terbuka dengan mengejut. Isterinya yang buka.

"abang...."

*okeh, let's do this* benak dalam hati si suami..

"awak............."

*Isteri terus genggam cium tangan suami*

*...........!!!*

"ampun kan saya bang!, munah (bukan nama sebenar) takde niat nak buat abang macam tu! ampunkan la munah bang, ampun laa..." *menangis teresak-esak*

And lelaki zaman skang dikenali oleh sesetengah masyarakat dengan sikap "celaka" and "tidak berperikemanusiaan" terhadap isteri kan? haa tengok ni

"awak...."

"AWAK............!!!!"

*wooooo wooo~*

"........."

"woooooo~" *ini bunyi menangis, jangan buat bunyi gedik lak*

".............."

"abang......"

*sigh*

"Takpelah sayang, abang dah lama maafkan awak. Tapi lain kali jangan buat macam tu tau! Kang abang lari dari rumah pastu menangis kat riba mak kang haa"

*giggles sambil kesat air mata*

"alololo dah la tu, jom kuar makan! :)" *cium dahi isteri*


yeah, I bet the girls lepas baca dialog kat atas terus terpikir "yolah lelaki macam tu. tak caya. puiiii" or "banyak je laki suka mengamuk kat bini/girlfriend dia. ni bohong ni". Well guess what? Screw you guys with that lame thinking. Ya, memang banyak laki yang suka mengamuk, tapi BUKAN SEMUA! i repeat, BUUUKAAAANNN SEEEMUUUAAA ( that's a bit exaggerated. haha).


Trust me, my observations are real. Cerita kat atas ni bukan nak cerita tentang lelaki meradang je. Boleh gak kaitan dengan lelaki merajuk. For example, like a friend of mine (nama dirahsiakan), dia merajuk dengan seorang gadis ni. Sampai dia dah berniat tak nak tegur dia dah. Tapi lama-kelamaan, dia seriously tak sanggup buat dek dah.

That's a kind of guy a girl should find. cheers



P/S: lelaki pun mudah lembut hati jugak okay.
P/S/S: one more thing, laki pun tak mudah nak tukar judgement actually. Tapi bila bab macam ni dia mudah tukar judgement, she's the luckiest girl in Malaysia. *malaysia je, don't get your hopes too high HAHA*

No comments: