Wednesday, June 1, 2011

KaRaK (PG 13) !


Hari tu aku ingat nak review filem Kongsi, tapi sebab tak sampai expectation yang aku nak, so malas ah. Tapi sebab nak update blog so aku update la sikit tapi bukan fasal filem tu la, ni filem Karak.Coz, semalam aku tengok cite ni ngn SHAHIR , IJAM n FATHO .

Sebut pasal Karak, yang orang tahu adalah Karak Highway yang bermula dari Gombak sampailah ke bandar Karak. Tapi tu dulu la, sebab sekarang ni kalo nak ke Kuantan, orang biasa ikut LPT aje lebih cepat dan selamat. Tapi ngeri tu tetap samalah pada aku.

Oklah aku takkan buat sinopsis seperti dalam akhbar ke apa ke sebab pada aku tu korang boleh baca sendiri. Yang aku nak sampaikan adalah apa yang aku lihat dan apa pandangan aku mengenai filem ni.

Pertama sekali, filem ni agak lain sikit dari yang biasa sebab mungkin the only horror movies yet in Malaysia yang guna CGI untuk hantu. Ada perkembangan positif la dekat situ, baguslah. Takde lah hantu tu tipikal sangat gerak tarinya. Sound effect pon memang seram, banyak elemen terkejut dibuat agak membantu menaikkan mood menonton.

TAPI...

Keseluruhannya pada aku lah, jalan ceritanya agak samar. Dia tak padat sangat dengan info yang berguna untuk kita faham. Tapi itu bermakna ianya sebuah filem yang sukar difahami, kerana sepanjang perjalanan cerita ni kita boleh agak apa yang akan berlaku, even pengakhiran ceritanya pun pada aku agak biasa.

Dan seperti sebelum-sebelum ni aku akan kritik bahagian details dari segi pencahayaan, logik, lakonan dan juga lain-lain. Pencahayaan pada aku ok lar, not bad cuma ada certain part tu pada aku cahaya terlalu terang yang kalo kita tengok pon jadi tak seram.

Dari segi lakonan, tak berapa sangat sebab banyak sangat aksi menjerit, takut-takut cam tu je la. Lakonan si heroin baru Kilafairy pon pada aku agak over. Adegan mandi berkemban tu je la kot yang lelaki tunggu-tunggu since minah ni ada 'aset' baikk punya. Tapi yang lain pada aku biasa je la, even Shahir pon so so aje. Macam tengok akademi fantasia cuma bezanya outdoor.

Bab ni yang aku suka sentuh, logik. Sebab kadang-kadang banyak sangat benda tak logik or merepek-merepek diselitkan. Bab tak logik yang pertama sekali adalah, adegan nak kencing. Logik akal, ada ke orang nak cari tandas pukul 12 tengah malam di tempat yang tak diketahui, jalannnnnnnnn then jumpa tandas yang tak serupa tandas boleh melepas? Kalo aku la, kencing tepi jalan je.

Bab tak logik yang kedua, nampak budak lelaki pakai baju sekolah pukul 12 tengah malam tapi anggap tu budak biasa? Later on baru sedar tu hantu. Ish slow betul mamat tu. Then pukul 12 tengah malam, dekat pekan Karak orang tak jual dah burger beb. Karak bukan KL or Shah Alam orang nak jual burger sampai pukul 1-2 pagi.

Banyak gak la yang lain-lain aku rasa macam tak berapa nak masuk since filem ni samar sikit penerangannya. Orang yang dah tak berapa ingat ayat Kursi tiba-tiba boleh ingat dan faham makna ayat? Eksiden dekat Karak, tapi bila polis datang, polis dari Selangor? WATAFF??

Akhir sekali, aku rasa filem ni akan lagi best kalo diorang betul-betul cari cerita dari orang yang pernah jumpa or dengar kisah hantu dekat highway Karak ni. Yang dipaparkan benar dari mulut ke mulut satu je, iaitu kereta Volkswagen tanpa pemandu, tapi tu pon suppose kena dekat terowong Genting Sempah. Ni banyak sangat adegan dekat one place aje, so imej Karak tu dah hilang. Anyway part hantu dekat kawasan angin lintang tu khabarnya memang betul, cuma yang tak betulnya angin lintang takde dekat jalan lama, hanya ada dekat highway LPT aje. Satu lagi kawasan keras adalah dekat R&R lanchang or dekat Temerloh kalo tak silap.

Tu je la review aku. Overall aku bagi 3 bintang dari 5. Ok la untuk ditonton cuma takdela seram sangat, dan takde lah best gila. Orang yang kata best gila tu mesti ada something wrong!

4 comments:

zuliani lahh :) said...

haha, aku baru nak tengok, terus tak jadi tengok, :D

Azuan Salim said...

btol...tak jadi tgk da..

Azro!e said...

Zul : tengok je la . HAHA .
Azuan : ko pon tengok je la . 3 star from 5 kot .HAHA

Azuan Salim said...

ye ke...tgk la nnti..ade mase aku g..