Thursday, June 2, 2011

Benda boDOH YANG ORANG SUKA BUAT !

Dalam dunia ni, or kalau dikecilkan dekat Malaysia ni banyak sangat benda bodoh yang selalu orang buat. Kadang-kadang sedar benda tu nampak bodoh tapi buat juga la kan... entahlah. Malam tadi aku listkan benda2 bodoh yang kekadang aku buat , member2 buat and benda yang berlaku di depan mata . 


1. Pakai kereta BMW 7 series, tapi nak masuk simpang tak pernah nak bagi signal pon.

2. Di mana ada tanda larangan, dekat situlah diorang nak langgar. eg: "Dilarang buang sampah"

3. Dah tahu esok exam, still main DoTa . pastu klu , repeat maki lecturer . 

4. Tahu hukum mengedar dadah boleh kena hukuman mati mandatori, tapi still nak jual dadah.

5. Tahu restoran tu tak halal tapi still nak pergi makan dekat sana, alasan? Alah orang Islam pun pergi juga.

6. Yang suka bawa laju guna lane paling kiri, yang suka bawa slow guna lane paling kanan.

7. Beli motor RXZ tapi helmet Magnum siap letak masking tape dekat visor.

8. Beli kereta Ferrari, tapi dok simpan je dalam garaj.

9. Ambil kad kredit walau tak mampu.

10. Sanggup beli benda tak berkualiti sebab murah dari benda mahal sikit tapi lebih berkualiti walaupun mampu.

11. Menyumpah seranah DVD yang tak clear padahal beli dekat pasar malam.

12. Mengata orang lain bodoh tak reti walhal diri sendiri lagi teruk kalo buat benda yang sama.

13. Selalu curi tulang dalam kerja asalkan dapat gaji.

14. Sudah bersalah, masih mahu menyalahkan orang lain.

15. Barang letak merata, hilang marahkan orang lain.

16. Orang lain buat salah dia maki, dia buat salah pun dia still maki orang lain.

17. Parking ikut suka, bila kena langgar marahkan orang lain.

18. Tengah memandu, jawap call or balas SMS.

19. Hajat nak ada kereta, dah ada tak reti nak jaga, basuh sebulan sekali pun payah.

20. Korek hidung then kesat dekat baju, lepas tu tak cuci tangan guna untuk makan.

21. Muka lawa or hensem tapi malas mandi, main taruh perfume je.

22. Pakaian nak tiptop tapi makan biskut kering je hari-hari.

23. Gaji RM5K sebulan, tapi tak pernah berjimat dan menyimpan.

24. Beli kereta mewah tapi bila nak servis, nak yang murah sebab tak mampu.

25. Tak layan public transport, masuk KL jammed dekat 2 jam, meroyan dalam kereta.

26. Nak bunuh diri tapi takut, tak mati cepat, then sebelum mati menyesal sebab terjun bangunan tapi dah terlambat.

27. Ada isteri / suami tapi masih nak berzina.

28. Ada yang setia padanya tapi masih nak mencari teman tapi mesra, bila dah hilang baru nak menyesal.

29. Suka cakap lepas, bila terkena sendiri tak boleh cakap apa dah.

30. Suka sangat cari pasal, sebab konon-kononnya hebat.

3 comments:

Azuan Salim said...

smart! haha

♥sugArplum♥ said...

like no 28. weeeeeeeee~~~~

qeen.3c said...

syok! suka suka! :)