Wednesday, March 16, 2011

MIMPI ANEH !



Malaysia time tu sedang darurat. Tenat diserang oleh satu wabak yang amat dahsyat. What wabak? I dunno. Aku time tu di dalam rumah, takut untuk keluar kerana tak tahu ape bende yang ada di luar sana. Then, kelihatan seorang pemuda berdarah-darah masuk ke dalam pagar rumah aku. Haish, aku rasa tak sedap hati. Aku pergi ke dapur untuk ambil penyapu untuk menghalaunya. Tapi bila aku datang semula...

dia sudah ada dalam rumah...
(Sound effect: seram)

WAA!!! muka dia...ZOMBIE!!!! warghhh tidakkk. Dia terkam aku. Gigit telinga aku putus. Then gigit urat tengkuk putus. Darah memancut-mancut. Aku takleh nafas. Nak menangis pun ada time tu..

"nyum3~" *dia sedang makan aku*
Kesakitan melanda! Aku sangka aku betul-betul dah nak mati. Then scene digelapkan. Tiba-tiba, muncul option...

CONTINUE? YES NO


wataf. macam dalam game pulak . Aku pilih YES, then semuanya reset semula. Aku diberi another chance!

So, aku preparekan diri. Aku usha dari tingkap rumah, banyak gila zombie kat luar! MAKKK! diorang nampak aku, then diorang ramai-ramai terjah masuk :((((. AKu cuak, aku kunci kesemua pintu dan nyorok kat dalam Stor di dapur dan kunci pintu. Selepas itu, kedengaran pintu rumah depan pecah..

"OH NO! SOMEONE SAVE ME! PLEASE!" jeritan batinku~


Tiba-tiba, muncul seorang lelaki berbadan agak sasa tapi mukanya tidak jelas. Di tangannya ada Kapak besar gila nak mampus. Selamba mak bapak dia je ayun kapak kat zombie Tanpa digigit or dimakan. Pro gila! Nasib baik tak ayun macam mangkuk ayun. Hebat woo dia lawan. Macam Alice in Wonderland...eh silap...macam Alice dalam citer Resident Evil.


Lepas semua zombie dah mati, dia datang ke arah aku. Jantung aku berdegup kencang. Who is the man?. Rupa-rupanya...

Agent Casey
 What? Tak kenal Agent Casey? Dia salah seorang watak dalam citer "Chuck". Sesiapa yang kenal Agent Casey ni, faham-faham lah perangai dia macam mana. Disiplin tinggi, suka grunt kasar "hmmm" and suka buat muka bengis.

Yang aku tak puas hatinya, tiba-tiba Agent Casey main-main kapak ngan aku . Gile kentang !. Main baling kapak kat aku pulak tu. Baling, kutip balik, baling kutip balik, baling, kutip balik. Haram jadah! Dah la balingan dia, ada yang kena  Sakitt gila anjing! Aku pun sound la dia..

"SAKITLA GILA!!!!"

"hmmmm...." *grunt kasar*

"WHAT DUMBASS??"

"okay..."
Kemudian dia bla and bersiul macam panggil sesuatu. Kuda ka? wahh haha nak selamatkan aku pakai kuda je. Romantik . Tapi malangnya, bukan kuda ku sangkakan, tetapi beratus-ratusan zombie dia panggil . Agent Casey larikan diri dan sekali lagi aku dibaham oleh zombie-zombie di situ. Aku menangis kesakitan. Mulut terpancut keluar darah. Hati limpa semua dimamah dan dikoyak rabak oleh makhluk-makhluk celaka tu. Dan yang paling tak boleh bla..

CONTINUE? YES NO

Continue option muncul balikkkkkkkk . Apa, ingat hidup aku ni macam game? adoii laaa. Oleh kerana aku serik kena makan, aku pilih YES lagi.

Dah hidup balik tu, aku prepare betul-betul! yeahh! Memang lengkap dengan Machine Gun semua. Hamikk kauu aku handsome gila time tu. (dalam mimpi dowh !). And the weird part is, kat luar senyap gila. Aku hairan. Mana pergi semua zombie? Aku keluar dan jenguk keadaan sekeliling. Then kelihatan di luar pagar rumah aku, dua jiran aku: seorang pak cik bersama isterinya sedang solat. Bila mereka sudah selesai solat, aku pun tegur...

"Pak cik! mak cik! bahaya kat luar tu! Cepat masuk dalam rumah!"

"Oh oh baiklah, nak. Kami gerak sekarang jugak."

"Baik-baik tau pak cik! nah saya bagi grenade ngan pistol ni."

"Terima kasih, nak."
Then pak cik tu bersama isterinya pun masuk ke dalam pondok. eh wait a minute, PONDOK??? Aku dah suruh masuk rumah, dorg pergi masuk pondok buat apeeee. Tiba-tiba terdengar suara pak cik tu menjerit..

"ZOMBIE!! ZOMBIE!!! aaa tidakkkk"

"abangg! pakai pistol ni cepat bang!!"

"abang tak reti...."

"WATAF?!"

"NGAP NGAP NGAP" *bunyi zombie memakan mereka berdua*
Kelihatan darah memancut ke tingkap pondok tu and then pondok tu meletup. After that, aku lupa dah apa jadi. isk

Aku terbangun daripada tidur pada pukul 5.30 pagi. Alaaaahaii. Aku dapat rasakan jantung aku berdegup kencang lagi. Perasaan takut kena makan oleh zombie tu masih ada.....walaupun ending mimpi aku tu merepek ibarat poster 2 Alam yang ada dR. Rozmey zzz.

No comments: