Monday, February 28, 2011

ANJING WEY !

imaginasi !
Tgh lepak2 dpn PC, tiba-tiba teringat satu peristiwa hitam yang tak berapa nak hitam, sebab kejadian tu berlaku di siang hari......Peristiwa ni berlaku semasa aku masih di bangku sekolah rendah lagi: Sekolah Kebangsaan Raja Muda (SKRM)......Waktu tu aku darjah 6.


Sekolah tamat dalam pukul 1.00 tengah hari.....Aku balik ke rumah menaiki Bas Sekolah Pak Cik Hashim. haa, speaking about him, sekarang dia dah tak bawak bas dah.....Kerana kesalahan lalu lintas yang selalu dia buat depan mata kami sekanak-kanak..... Basnya ditarik..... and malangnya, dengar cerita dia menghidapi penyakit. Penyakit apa aku pun tak tau...... Moga Allah selalu merahmatinya.....(oit, dia belum mati)


Pak cik Hashim menurunkan aku di tepi rumah nenek aku, berhampiran dengan belukar.....Memang dari dulu aku risau tentang belukar..... Asyik fikir benda yang bukan-bukan kat dalam belukar tu..... isk. Selepas bas bergerak jauh dari aku, aku rasa tidak sedap hati..... Kedengaran belukar di situ berbunyi..... Semak di situ bergerak-gerak...... Tiba-tiba...
Eh...bkn ni !
Baru betul....



Waaa!!!! Aku dah la kecik lagi. Bukannya matang pun time tu. Aku jerit sekuat hati mintak tolong..


"AAAAAAAAA TOLONGGGGGGGGG!!!!!"




"grrrr wooofff woofff!!!" *air liuh meleleh sambil tunjuk taring*




"AAAAAAAAA!!!!!"




"wooffff awww awww grrr"




(sila buat bunyi awww ganas-ganas. bukan bunyi Mak Nyah)



Aku dah mula ingat mati dah..... Aku keseorangan di neighbourhood di situ...... Jiran-jiran takde yang dengar..... Tiba-tiba anjing-anjing tersebut macam communicate antara satu sama lain lak..


"Sape nak serang dulu?"




"Woof! aku laa! grrr"




"Aku!! aku!! awww"




"Sape cepat dia dapat! WOOF!!"



Tiba-tiba salah seekor anjing tu serang aku...... Dia terjah ke arah aku nak gigit aku...... Aku sempat elak...... Ala-ala Matrix Reloaded...... Yang lain pun turut serang...... Aku dah gabra tahap gaban!! Memang betul-betul ingat mati........ (ceyy kecik-kecik dah ingat mati. haha)

Dalam suasana yang cuak tu, aku sempat nampak member aku di tepi jalan... Aku sangka dia pun cuak hampir tengok rakannya dimakan anjing-anjing tersebut. Tetapi sebaliknya dia...


DIA SENGIH ! MENYIRAP WEI !!



Aku time tu dari perasaan takut bertukar ke perasaan "celakanya member" hahaha. Dia boleh gelakkan akuuuuuuuuuuuuu >.<" Then alhamdulilah, tiba-tiba mak cik sebelah perasan aku dikepung anjing, dia pun keluar membawa penyapu untuk backup aku. (ceyy backup). Aku pula duk ayun-ayun bag aku ke anjing-anjing tersebut seperti mangkuk ayun. Banyak kali cobaan mereka nak gigit aku. T.T


Tapi oleh kerana jeritan aku yang kuat lagi constant, ayunan bag aku, dan kehadiran mak cik sebelah, anjing-anjing tersebut melarikan diri. fuhhh, I was saved! Thanks Mak Cik:D

No comments: